Friday, September 28, 2007
.: PENGALAMAN MEMBUAT LAMAN WEB :.
Friday, September 21, 2007
.: Laman Web :.
Laman web yang saya akan paparkan nanti adalah berkaitan dengan ubatan termasuklah istilah dalam ubatan, indikasi, dos yang disyorkan, teknik-teknik penggunaannya, sistem sukatan dan pengiraan ubat, cara pemberian ubat, jenis-jenis suntikan, pendidikan pesakit dan banyak lagi. Saya memilih tajuk ini kerana jururawat khususnya perlu mengetahui kegunaan semua ubatan dengan lebih terperinci.
.. AUDIEN SASARAN ..
Berdasarkan topik ubatan, saya mensasarkan audien termasuklah jururawat dan juga pelajar-pelajar jururawat
.. MATLAMAT ..
Matlamat saya dalam pembangunan laman web ini supaya audien khususnya jururawat dan pelajar jururawat dapat mengetahui semuanya berkaitan dengan ubat contohnya berkaitan dengan istilahnya, indikasi ubat, klasifikasi ubat, sistem sukatan dan pengiraan ubat, cara pemberian ubat, jagarawatan, dan sebagainya.
.. OBJEKTIF ..
- Audien dapat mengetahui istilah-istilah yang digunakan dalam pengubatan
- Audien dapat mengetahui jenis-jenis atau klasifikasi setiap ubatan serta kesan sampingan
- Audien dapat mengetahui sistem sukatan dan pengiraan ubat yang betul
- Audien dapat mengetahui teknik-teknik yang diperlukan semasa mengendalikan ubat dan cara pemberiannya sekaligus dapat mempraktikkan di dalam wad
- Audien dapat mengetahui jenis-jenis suntikan
- Audien dapat mengetahui jagarawatan yang patut diberikan akibat kesan sampingan ubat
- Audien dapat memberikan pendidikan pesakit berkaitan dengan ubat
.. SENARAI KANDUNGAN ..
- Istilah ubatan
- Jenis-jenis atau klasifikasi ubat
- Sistem sukatan dan pengiraan ubat
- Cara pemberian ubat
- Jenis-jenis suntikan
- Jagarawatan pesakit
- Pendidikan pesakit tentang ubat
Saturday, September 15, 2007
.: ULASAN ARTIKEL :.
.: Cara-cara Membuat Brosur dan Buku Program Menggunakan Microsoft Word :.
- Pastikan anda membuat perancangan dengan membuat rangka brosur secara kasar terlebih dahulu
- Pastikan anda mempunyai tajuk topik yang jelas, cathcy slogan, maklumat atau idea yang penting serta grafik-grafik yang berkaitan/bersesuaian dengan topik
- Brosur mestilah diurus dengan baik dan gunakan tema atau skim warna yang cantik serta menarik
- Berikut ialah cara-cara untuk membuat brosur melalui Microsoft Word:
- buka microsoft word
- set up page : File -> Page Setup -> Paper Size ->Landscape
- set up columns : klik pada colum icon di atas tool bar, highlight 3 columns
- set margins : File -> Page Setup -> Margins [ set top, bottom, right and left ]
- mula menaip brosur
.. BUKU PROGRAM ..
- Sebelum membuat buku program tanpa template, page tersebut mestilah ditetapkan terlebih dahulu
- Ini adalah untuk memastikan layout yang dicetak adalah sama di dalam komputer
- Berikut ialah cara-cara membuat buku program melalui microsoft word:
- klik FILE > PAGE SETUP
- di MARGINS tab, klik pada MULTIPLE PAGES and pilih BOOK FOLD
- tukar margins untuk sesuaikan dengan buku program. contohnya, .5" adalah saiz margin yang sesuai
- mula cipta buku program, pastikan muka surat pertama adalah cover sheet, dan muka surat terakhir adalah back cover
Friday, September 7, 2007
.: Laman Web 'Good Presentation Skills' :.
Untuk melakukan persembahan multimedia dengan lebih berkesan, saya telah memilih 3 laman web di mana ia sedikit sebanyak dapat membantu saya dalam menyampaikan sesebuah persembahan
1. www.businessballs.com/presentation.htm
- Laman web ini mengatakan bahawa pentingnya kemahiran persembahan bagi seseorang individu.
- Persediaan dan pengetahuan merupakan elemen penting untuk mencapai persembahan yang berkesan.
- Pastikan audien seronok dan terhibur dengan cara persembahan kita melalui dengan bercerita, bertanya soalan, gambar, klip video, props, statistik, bahasa tubuh dan sebagainya.
- Jika menggunakan visual, pastikan saiz huruf atau tulisan tidak terlalu besar dan kecil. Jangan gunakan dua atau lebih jenis, saiz, bold, italic huruf yang berbeza.
- Lakukan persembahan mengikut langkah-langkah seperti kenalpasti tujuan, kumpulkan kandungan dan idea-idea, struturkan kandungan, lakukan teknik-teknik dalam powerpoint, persediaan, latihan dan akhir sekali ialah perancangan, pengalaman serta kawalan kepada persekitaran atau suasana persembahan
2. www.nwlink.com/~donclark/leader/leadpres.html
- Laman web ini menekankan bahawa kandungan, struktur, persediaan dan elemen human adalah aspek-aspek penting dalam mempersembahkan persembahan yang baik
- Kelantangan suara, eye contact, ekspresi wajah, bahasa tubuh presenter sedikit sebanyak membantu audien untuk mendengar dengan penuh perhatian sekaligus menjadikan sesebuah persembahan menjadi lebih bermutu dan berkesan
- Jangan membaca handout sepenuhnya dan bercakap dengan nada suara jelas serta mudah difahami.
3. www.presentationhelper.co.uk/presentation_skills.htm
- Laman web ini mengutarakan bagaimana untuk mengurangkan bimbang atau cemas semasa melakukan persembahan
- Kita mesti menggambarkan keadaan semasa presentation sebelum kita memulakan, berdiri dan bernafas dalam-dalam, selalu membuat latihan, lakukan strategi dan sebagainya
- Pastikan suasana di dalam kelas atau dewan selesa dengan pencahayaan yang cukup, tiada gangguan bunyi dari luar dan pastikan ia tidak terlalu sempit, agar persembahan anda lancar dari awal hingga akhir
.: Promosi Kesihatan 'DIABETES SEMASA KEHAMILAN' :.
- 'DIABETES SEMASA KEHAMILAN' sememangnya satu topik yang kurang popular di kalangan masyarakat kita terutamanya di kalangan ibu-ibu yang sedang mengandung
- Saya pasti ramai masyarakat di luar sana terutamanya wanita yang mempunyai penyakit diabetes pasti mengalami kesukaran atau kebimbangan untuk melahirkan anak
- Oleh yang demikian, dengan adanya promosi kesihatan sebegini, saya berharap agar mereka sedar tentang penyakit ini termasuklah dari segi faktor risiko, kesan atau komplikasi serta rawatan yang disyorkan
.. KUMPULAN SASARAN ..
- Berdasarkan persembahan promosi kesihatan, saya telah mensasarkan ibu-ibu mengandung yang mempunyai penyakit diabetes sebagai kumpulan sasaran saya
Matlamat saya supaya ibu-ibu mengandung dapat mengamalkan gaya hidup yang sihat seperti diet yang seimbang dan juga senaman agar paras glukosa dalam darah sentiasa di tahap yang normal. Ibu-ibu mengandung juga dapat melahirkan anak dengan sempurna dan sihat tanpa menjejaskan proses kelahiran
.. OBJEKTIF ..
Audien dapat mengetahui definisi serta perbezaan diabetes mellitus dan diabetes mellitus semasa kehamilan
Audien dapat mengetahui siapakah yang berisiko mengalami GDM semasa kehamilan
Audien dapat mengetahui kesan GDM ke atas kehamilan serta semasa proses kelahiran
Audien dapat mengetahui rawatan-rawatan bagi ibu-ibu mengandung yang mengalami GDM
Audien dapat mempraktikkan cara-cara atau teknik mengambil insulin dengan betul
.. SENARAI ISI KANDUNGAN ..
- Apakah yang dimaksudkan dengan Diabetes Mellitus dan Diabetes mellitus semasa kehamilan serta perbezaannya
- Siapakah yang berisiko mengalami GDM
- Bagaimana penyakit ini dikesan melalui ujian Tolerans Glukosa
- Apakah GDM memberi kesan ke atas kehamilan dan menjejaskan proses kehamilan
- Apakah rawatan yang disyorkan oleh ibu-ibu mengandung yang mengalami GDM
- Cara-cara pengendalian suntikan insulin serta penjagaan ubat-ubatan dan jarum
- Apakah yang dimaksudkan dengan pemantauan sendiri glukosa dalam darah
Thursday, August 23, 2007
.: PENGGUNAAN BLOG DALAM BIDANG KEJURURAWATAN :.
Dalam era Informasi dan Teknologi Maklumat (ICT), kini berlaku beberapa perubahan dan inovasi dalam pelbagai sektor sama ada sektor perniagaan, pendidikan mahupun perubatan. ICT ialah satu inovasi dalam kehidupan masyarakat Malaysia hari ini. Kefahaman masyarakat terhadap keperluan ICT di dalam kehidupan hari ini perlu dipertingkatkan.
Istilah IT adalah suatu istilah yang biasa digunakan dan sinonim dengan istilah teknologi komputer. IT didefinisikan sebagai "The science and practice of using computer and telecommunication system to gather, store, apply and transmit information". IT mengandungi pengetahuan, kemahiran dan kefahaman yang diperlukan untuk menggunakan ICT dalam pembelajaran, pekerjaan dan kehidupan seharian. Pada hari ini, istilah IT ini telah mengalami perkembangan dengan timbulnya istilah baru iaitu ICT
Blog atau weblog adalah tren gaya hidup digital yang kian berkembang, hari demi hari. Di Internet, blog disediakan untuk sesiapa sahaja. Blog merupakan journal yang sering dikemaskinikan dari segi informasi terutamanya dengan menggunakan software untuk kegunaan semua pengunjung yang melayari internet. Blogs biasanya menonjolkan personaliti bagi pemilik blogs itu sendiri atau pun Web site. Aktiviti mengemaskinikan blog dinamakan "blogging" manakala individu yang memiliki blog dinamakan "blogger".
Blog merupakan cara termudah untuk anda memiliki website. Dengan menggunakan blog software, anda hanya mengambil beberapa minit sahaja untuk membuat blog dan mengemaskinikan dari semasa ke semasa. Terdapat lima perkara penting atau kelebihan mengenai blogs antaranya ialah ia mudah untuk dimiliki, mudah untuk dikemaskini, merupakan search-engine friendly, membolehkan anda berinteraksi dan ia adalah free bagi kebanyakan blog hosts. Selain itu, blogs juga merupakan medium pelayari Internet untuk anda bertanyakan soalan, memberi respons terhadap informasi yang disediakan, berkongsi pandangan, produk, idea serta menggalakkan interaksi
Apabila blogs digunakan dalam sesi pembelajaran, para pelajar mestilah jelas dengan tujuan, objektif atau matlamat penggunaan blogs. Kebanyakan blogs digunakan untuk berkongsi maklumat termasuklah fakta, data, statistik, link kepada sumber website lain, pandangan atau pendapat dan banyak lagi. Tambahan itu, blogs juga boleh ditambahkan dengan audio, video ataupun visuals. Guru, pengajar ataupun pensyarah tidak kira di sekolah mahupun di IPT, kebanyakan mereka menggunakan blogs untuk mencatatkan atau mendokumenkan sebarang proses maklumat yang diperlukan.
Namun, ada sesetengah blogs yang fokus tentang komunikasi antara individu yang post sesebuah tajuk dengan individu yang memberi respons atau komen. Respons ini termasuklah dari segi informasi tambahan, idea-idea yang bernas dan padat serta kritikan-kritikan terhadap sesuati isu. Bukan itu sahaja, blogs juga dijadikan medium penilaian untuk menilai pemahaman pelajar-pelajarnya. Blogger mungkin akan bertanya tentang kenyataan fakta, analisis artikel dan sebagainya.
Tidak kisah siapa diri anda, walaupun seorang tukang masak, penulis buku, peguam, ustadz, guru, pemandu teksi, ahli perniagaan, CEO, usahawan internet, pelajar, doktor, petani atau sesiapa sahaja, blog kini merupakan satu medium penyampian maklumat yang amat berkesan, dapat menambah kenalan, berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan yang pasti, ia adalah satu teknologi di Internet yang begitu ampuh sekali untuk digunakan bagi pelbagai tujuan dan matlamat. Dengan hanya menulis, segenap lapisan masyarakt seluruh dunia akan membaca dan tahu apa yang anda tulis tersebut atau mengenali diri anda!
Namun di dalam bidang kejururawatan, blogs masih menjadi perkara asing di kalangan pelajar jururawat mahupun jururawat. Malah penggunaan kemudahan-kemudahan Internet masih di tahap yang kurang memuaskan dan terhad kepada penggunaan kemahiran asas Internet sahaja. Kemudahan-kemudahan termasuklah mengakses maklumat menggunakan enjin pencari maklumat, e-mel, homepej, ICT, pengajaran dan pembelajaran serta kegemaran lain didapati tidak digunakan sepenuhnya malah terhad kepada tapak-tapak tertentu sahaja.
Satu faktor yang dapat dilihat ialah kerjaya juruawat itu sendiri yang tidak melibatkan ICT kerana sibuk menguruskan pesakit menyebabkan mereka tidak ada begitu banyak masa atau tidak berminat untuk melayari Internet serta memiliki blogs. Jadual masa bertugas mengikut tiga pusingan, bekerja lapan jam serta tanpa ada waktu rehat khusus membuatkan jururawat tidak berpeluang untuk mengikuti kelas komputer sekaligus mempelajari teknik-teknik serta kelebihan di dalam arena ICT. Tambahan itu, salah satu faktor penyumbang kepada kurangnya minat yang mendalam terhadap ICT di kalangan jururawat ialah persekitaran kerja yang terpaksa berhadapan dengan kerenah pesakit, kematian dan kesedihan, sentiasa sibuk dan tidak sempat bertukar-tukar maklumat dengan teman sekerja dan sebagainya.
Rata-rata kebanyakan mereka yang ingin bermula di arena 'blogging' atau dalam proses memiliki blog mengalami beberapa masalah antaranya ialah tidak tahu membina blog sendiri, tiada panduan mudah dan lengkap, bermula dengan langkah yang salah, memilih topik blog yang tidak menguntungkan, takut untuk bermula kerana tiada ilmu langsung atau keliru, tidak dapat menguruskan blog dengan baik, blog tidak terkenal, pengunjung tidak ramai, hasil tidak setimpal, serta tiada 'mentor' atau seseorang yang memberikan panduan.
Perhatikan, begitu banyak masalah yang dihadapi oleh jururawat, pelajar jururawat mahupun orang ramai di luar sana. Masalah yang akan dihadapi bukan sahaja di peringkat pembinaan blog, malah di peringkat semasa menguruskan blog tersebut dan di dalam usaha mendapatkan pengunjung. Mereka perlu mendapatkan sesuatu yang dapat membantu mereka dari membina blog secara mudah dan bagaimana memulakan 'kehidupan' blog mereka itu. Satu aspek penting pada blog adalah trafik (pelawat) yang ramai, jika tidak anda akan mendapat hasil yang kurang
Monday, August 20, 2007
.: STRATEGI PENCARIAN MAKLUMAT :.
- Baca menu 'Help' dan menu 'Tips'
- Buat persediaan untuk pencarian dengan menyenarai katakunci atau tajuk perkara serta mengenalpasti enjin carian yang sesuai
- Mulakan dengan pencarian mudah ( 'simple searching' ) dan seterusnya melakukan pencarian lanjutan/kompleks ( 'advanced searching' )
- Gunakan kaedah 'Boolean' - menghadkan atau menggabungkan skop pencarian dengan menggunakan perkataan yang dikenali sebagai 'Boolean operators' iaitu 'AND, OR dan NOT'.
- 'AND, OR dan NOT' berfungsi menghubungkan antara satu kata kunci dengan yang lain manakala 'AND and NOT' boleh mengecilkan skop pencarian manakala 'OR' boleh meluaskan skop pencarian
- Gunakan beberapa enjin carian secara berasingan untuk mendapat lebih banyak maklumat kerana tiada satu enjin carian yang mengindeks kesemua bahan di Internet secara komprehensif
- Guna direktori perkara atau panduan perkara untuk mendapat hasil yang berkualiti dan spesifik
- Gunakan tanda 'quotation' bagi frasa (phrase) yang mana enjin pencarian akan hanya mencari frasa tersebut
- Minimakan perkara-perkara yang boleh mengganggu semasa dalam pelayaran Web seperti imej, grafik dan aplikasi Java. Anda akan dapat bahan-bahan dalam bentuk teks sahaja dan boleh melakukan pindah terima ( 'download' ) maklumat teks dengan cepat
- Buat pencarian bila trafik Internet tidak sibuk
- Tandabukukan ( 'bookmark' ) enjin carian yang selalu digunakan
.. Penilaian Maklumat dari Internet ..
Maklumat yang diperolehi dari Internet perlulah dinilai dari segi kualitinya, kesasihannya, ketepatannya dan kenikiannya. Terdapat beberapa cara di mana anda boleh menilai sama ada maklumat yang diterima melalui Internet boleh dipercayai atau tidak
Kenalpasti tapak web yang menapti bidang anda. Untuk memudahkan anda menyimpan alamat tapak tersebut, anda hanya perlu menggunakan kemudahan 'Add bookmark'
- Klik Bookmark dan tetingkapnya akan memaparkan 'Add bookmark'
- Klik 'Add bookmark' dan tapak Web yang sedang dilawati akan dimasukkan ke senarai Bookmark anda
- Dengan adanya Bookmark ini, apabila kita ingin melawat tapak ini di lain hari, kita hanya perlu klik 'Bookmark' dan pergi ke 'View bookmark' dan klik tapak web yang diingini
Kesasihan dan Penanggung-jawab sumber maklumat
- Pastikan penyumbang kepada tapak web di mana maklumat diperolehi boleh dipertanggungjawabkan atau tidak
- Maklumat yang diberikan oleh sesebuah Institusi yang mempunyai reputasi yang tinggi seperti Institusi Pendidikan, organisasi Kerajaan, Institusi Penyelidikan tentunya lebih dipercayai dari maklumat yang diberikan oleh individu perseorangan
Kekinian Maklumat dan Jangkamasa Kemaskini
- Anda juga perlu menilai sama ada sesuatu maklumat itu adalah terkini ataupun tidak
- Lihat tarikh sesuatu maklumat di Web itu disediakan
Isi kandungan dan ketepatan maklumat
- Anda mestilah memastikan isi kandungannya menepati tajuk/perkara yang dibincangkan
- Jangan hanya tertarik dengan tajuk tapak Web yang seperti indah khabar dari rupa!
.. Kaedah Pemindahan Maklumat dari WWW ..
Maklumat yang diperolehi dari WWW boleh juga dipindahkan ke dalam bentuk kertas atau disket dan juga boleh di e-mel kepada orang lain. Beberapa kaedah utama yang ringkas diberikan di sini sebagai panduan bagi anda yang ingin mencuba
Mencetak maklumat dari WWW.
Bagi memindahkan maklumat ke bentuk kertas, pastikan PC anda dihubungkan ke pencetak :
- Dari tapak web, klik 'file' dan dari tetingkap klik 'print preview' untuk melihat draf bahan yang ingin dicetak
- Klik 'print' dan klik 'ok'
Bagi memindahkan data fail ke fail lain di PC yang sama atau ke disket, anda boleh mengikut langkah berikut:
- Dari tapak Web, tekan 'save as' dan tetingkap akan bertanya lokasi yang ingin dipindahkan data iaitu 'save in'
- Klik 'save' dan selesai
Membaca semula fail yang telah dipindahkan :
- Pergi ke Perisian yang dipilih bagi pemindahan maklumat yang tealah dibuat
- Buka nama fail yang telah 'save' tadi dan kini anda boleh membaca atau edit fail tersebut
Kaedah 'cut' and paste'
- "Highlight' maklumat yang ingin disalin. Jika anda mahu menyalin kesemua maklumat dalam sesuatu fail, klik arahan 'select all' di 'tool bar'
- Klik arahan 'edit' dan pilih 'copy' di 'tool bar'
- Buka mana-mana Perisian Wordprocessing dan buka 'file dan pilih 'new'
- Klik 'edit' dan 'paste' maklumat dari tapak web ke fail baru ini
- Kini anda boleh membaca atau edit fail ini dan jangan lupa untuk 'save' fail
Friday, August 10, 2007
.: Belajar Blog :.
- pertama, buka http://www.blogger.com/
- kemudian klik CREATE YOUR BLOG NOW! Isi dan lengkapkan borang pendaftaran tersebut. klik continue
- pilih template atau desain stander. pilih salah satu dan klik continue
- selesai membuat account, anda boleh memulakan posting atau mengisi blog
2. Mengisi Blog
- pertama, loggin http://www.blogger.com/
- masukkan username dan password
- klik NEW POST untuk mengisi blog anda
3. Mengedit Desain dan Template
- pertama, loggin http://www.blogger.com/
- masukkan username dan password
- klik change setting
- buka blogger-templates.blogspot.com
- pilih desain yang diinginkan