Monday, August 20, 2007

.: STRATEGI PENCARIAN MAKLUMAT :.



.. STRATEGI PENCARIAN MAKLUMAT ..



Pencarian maklumat boleh memakan masa yang lama dan kompleks. Kebiasannya kita mencari maklumat dengan hanya memasukkan katakunci atau frasa sahaja! Justeru itu untuk mengelakkan anda dari lemas di lautan maklumat, adalah lebih baik anda merancang pencarian terlebih dahulu.

Teknik mengemukakan pencarian melalui enjin pencarian amat penting diketahui bagi memastikan anda mendapat kualiti dalam penghasilannya. Strategi pencarian maklumat merupakan langkah-langkah mencari maklumat mengenai sesuatu topik secara sistematik dan efektif

.. Panduan Mudah Untuk Pencarian Maklumat di Internet ..


  • Baca menu 'Help' dan menu 'Tips'

  • Buat persediaan untuk pencarian dengan menyenarai katakunci atau tajuk perkara serta mengenalpasti enjin carian yang sesuai

  • Mulakan dengan pencarian mudah ( 'simple searching' ) dan seterusnya melakukan pencarian lanjutan/kompleks ( 'advanced searching' )

  • Gunakan kaedah 'Boolean' - menghadkan atau menggabungkan skop pencarian dengan menggunakan perkataan yang dikenali sebagai 'Boolean operators' iaitu 'AND, OR dan NOT'.

  • 'AND, OR dan NOT' berfungsi menghubungkan antara satu kata kunci dengan yang lain manakala 'AND and NOT' boleh mengecilkan skop pencarian manakala 'OR' boleh meluaskan skop pencarian

  • Gunakan beberapa enjin carian secara berasingan untuk mendapat lebih banyak maklumat kerana tiada satu enjin carian yang mengindeks kesemua bahan di Internet secara komprehensif

  • Guna direktori perkara atau panduan perkara untuk mendapat hasil yang berkualiti dan spesifik

  • Gunakan tanda 'quotation' bagi frasa (phrase) yang mana enjin pencarian akan hanya mencari frasa tersebut

  • Minimakan perkara-perkara yang boleh mengganggu semasa dalam pelayaran Web seperti imej, grafik dan aplikasi Java. Anda akan dapat bahan-bahan dalam bentuk teks sahaja dan boleh melakukan pindah terima ( 'download' ) maklumat teks dengan cepat

  • Buat pencarian bila trafik Internet tidak sibuk

  • Tandabukukan ( 'bookmark' ) enjin carian yang selalu digunakan


.. Penilaian Maklumat dari Internet ..


Maklumat yang diperolehi dari Internet perlulah dinilai dari segi kualitinya, kesasihannya, ketepatannya dan kenikiannya. Terdapat beberapa cara di mana anda boleh menilai sama ada maklumat yang diterima melalui Internet boleh dipercayai atau tidak


Kenalpasti tapak web yang menapti bidang anda. Untuk memudahkan anda menyimpan alamat tapak tersebut, anda hanya perlu menggunakan kemudahan 'Add bookmark'

  • Klik Bookmark dan tetingkapnya akan memaparkan 'Add bookmark'
  • Klik 'Add bookmark' dan tapak Web yang sedang dilawati akan dimasukkan ke senarai Bookmark anda
  • Dengan adanya Bookmark ini, apabila kita ingin melawat tapak ini di lain hari, kita hanya perlu klik 'Bookmark' dan pergi ke 'View bookmark' dan klik tapak web yang diingini

Kesasihan dan Penanggung-jawab sumber maklumat

  • Pastikan penyumbang kepada tapak web di mana maklumat diperolehi boleh dipertanggungjawabkan atau tidak
  • Maklumat yang diberikan oleh sesebuah Institusi yang mempunyai reputasi yang tinggi seperti Institusi Pendidikan, organisasi Kerajaan, Institusi Penyelidikan tentunya lebih dipercayai dari maklumat yang diberikan oleh individu perseorangan

Kekinian Maklumat dan Jangkamasa Kemaskini

  • Anda juga perlu menilai sama ada sesuatu maklumat itu adalah terkini ataupun tidak
  • Lihat tarikh sesuatu maklumat di Web itu disediakan

Isi kandungan dan ketepatan maklumat

  • Anda mestilah memastikan isi kandungannya menepati tajuk/perkara yang dibincangkan
  • Jangan hanya tertarik dengan tajuk tapak Web yang seperti indah khabar dari rupa!

.. Kaedah Pemindahan Maklumat dari WWW ..


Maklumat yang diperolehi dari WWW boleh juga dipindahkan ke dalam bentuk kertas atau disket dan juga boleh di e-mel kepada orang lain. Beberapa kaedah utama yang ringkas diberikan di sini sebagai panduan bagi anda yang ingin mencuba


Mencetak maklumat dari WWW.

Bagi memindahkan maklumat ke bentuk kertas, pastikan PC anda dihubungkan ke pencetak :

  • Dari tapak web, klik 'file' dan dari tetingkap klik 'print preview' untuk melihat draf bahan yang ingin dicetak
  • Klik 'print' dan klik 'ok'

Bagi memindahkan data fail ke fail lain di PC yang sama atau ke disket, anda boleh mengikut langkah berikut:

  • Dari tapak Web, tekan 'save as' dan tetingkap akan bertanya lokasi yang ingin dipindahkan data iaitu 'save in'
  • Klik 'save' dan selesai

Membaca semula fail yang telah dipindahkan :

  • Pergi ke Perisian yang dipilih bagi pemindahan maklumat yang tealah dibuat
  • Buka nama fail yang telah 'save' tadi dan kini anda boleh membaca atau edit fail tersebut

Kaedah 'cut' and paste'

  • "Highlight' maklumat yang ingin disalin. Jika anda mahu menyalin kesemua maklumat dalam sesuatu fail, klik arahan 'select all' di 'tool bar'
  • Klik arahan 'edit' dan pilih 'copy' di 'tool bar'
  • Buka mana-mana Perisian Wordprocessing dan buka 'file dan pilih 'new'
  • Klik 'edit' dan 'paste' maklumat dari tapak web ke fail baru ini
  • Kini anda boleh membaca atau edit fail ini dan jangan lupa untuk 'save' fail

No comments: