Thursday, August 23, 2007

.: PENGGUNAAN BLOG DALAM BIDANG KEJURURAWATAN :.




Dalam era Informasi dan Teknologi Maklumat (ICT), kini berlaku beberapa perubahan dan inovasi dalam pelbagai sektor sama ada sektor perniagaan, pendidikan mahupun perubatan. ICT ialah satu inovasi dalam kehidupan masyarakat Malaysia hari ini. Kefahaman masyarakat terhadap keperluan ICT di dalam kehidupan hari ini perlu dipertingkatkan.


Istilah IT adalah suatu istilah yang biasa digunakan dan sinonim dengan istilah teknologi komputer. IT didefinisikan sebagai "The science and practice of using computer and telecommunication system to gather, store, apply and transmit information". IT mengandungi pengetahuan, kemahiran dan kefahaman yang diperlukan untuk menggunakan ICT dalam pembelajaran, pekerjaan dan kehidupan seharian. Pada hari ini, istilah IT ini telah mengalami perkembangan dengan timbulnya istilah baru iaitu ICT



Blog atau weblog adalah tren gaya hidup digital yang kian berkembang, hari demi hari. Di Internet, blog disediakan untuk sesiapa sahaja. Blog merupakan journal yang sering dikemaskinikan dari segi informasi terutamanya dengan menggunakan software untuk kegunaan semua pengunjung yang melayari internet. Blogs biasanya menonjolkan personaliti bagi pemilik blogs itu sendiri atau pun Web site. Aktiviti mengemaskinikan blog dinamakan "blogging" manakala individu yang memiliki blog dinamakan "blogger".


Blog merupakan cara termudah untuk anda memiliki website. Dengan menggunakan blog software, anda hanya mengambil beberapa minit sahaja untuk membuat blog dan mengemaskinikan dari semasa ke semasa. Terdapat lima perkara penting atau kelebihan mengenai blogs antaranya ialah ia mudah untuk dimiliki, mudah untuk dikemaskini, merupakan search-engine friendly, membolehkan anda berinteraksi dan ia adalah free bagi kebanyakan blog hosts. Selain itu, blogs juga merupakan medium pelayari Internet untuk anda bertanyakan soalan, memberi respons terhadap informasi yang disediakan, berkongsi pandangan, produk, idea serta menggalakkan interaksi


Apabila blogs digunakan dalam sesi pembelajaran, para pelajar mestilah jelas dengan tujuan, objektif atau matlamat penggunaan blogs. Kebanyakan blogs digunakan untuk berkongsi maklumat termasuklah fakta, data, statistik, link kepada sumber website lain, pandangan atau pendapat dan banyak lagi. Tambahan itu, blogs juga boleh ditambahkan dengan audio, video ataupun visuals. Guru, pengajar ataupun pensyarah tidak kira di sekolah mahupun di IPT, kebanyakan mereka menggunakan blogs untuk mencatatkan atau mendokumenkan sebarang proses maklumat yang diperlukan.


Namun, ada sesetengah blogs yang fokus tentang komunikasi antara individu yang post sesebuah tajuk dengan individu yang memberi respons atau komen. Respons ini termasuklah dari segi informasi tambahan, idea-idea yang bernas dan padat serta kritikan-kritikan terhadap sesuati isu. Bukan itu sahaja, blogs juga dijadikan medium penilaian untuk menilai pemahaman pelajar-pelajarnya. Blogger mungkin akan bertanya tentang kenyataan fakta, analisis artikel dan sebagainya.


Tidak kisah siapa diri anda, walaupun seorang tukang masak, penulis buku, peguam, ustadz, guru, pemandu teksi, ahli perniagaan, CEO, usahawan internet, pelajar, doktor, petani atau sesiapa sahaja, blog kini merupakan satu medium penyampian maklumat yang amat berkesan, dapat menambah kenalan, berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan yang pasti, ia adalah satu teknologi di Internet yang begitu ampuh sekali untuk digunakan bagi pelbagai tujuan dan matlamat. Dengan hanya menulis, segenap lapisan masyarakt seluruh dunia akan membaca dan tahu apa yang anda tulis tersebut atau mengenali diri anda!


Namun di dalam bidang kejururawatan, blogs masih menjadi perkara asing di kalangan pelajar jururawat mahupun jururawat. Malah penggunaan kemudahan-kemudahan Internet masih di tahap yang kurang memuaskan dan terhad kepada penggunaan kemahiran asas Internet sahaja. Kemudahan-kemudahan termasuklah mengakses maklumat menggunakan enjin pencari maklumat, e-mel, homepej, ICT, pengajaran dan pembelajaran serta kegemaran lain didapati tidak digunakan sepenuhnya malah terhad kepada tapak-tapak tertentu sahaja.


Satu faktor yang dapat dilihat ialah kerjaya juruawat itu sendiri yang tidak melibatkan ICT kerana sibuk menguruskan pesakit menyebabkan mereka tidak ada begitu banyak masa atau tidak berminat untuk melayari Internet serta memiliki blogs. Jadual masa bertugas mengikut tiga pusingan, bekerja lapan jam serta tanpa ada waktu rehat khusus membuatkan jururawat tidak berpeluang untuk mengikuti kelas komputer sekaligus mempelajari teknik-teknik serta kelebihan di dalam arena ICT. Tambahan itu, salah satu faktor penyumbang kepada kurangnya minat yang mendalam terhadap ICT di kalangan jururawat ialah persekitaran kerja yang terpaksa berhadapan dengan kerenah pesakit, kematian dan kesedihan, sentiasa sibuk dan tidak sempat bertukar-tukar maklumat dengan teman sekerja dan sebagainya.



Rata-rata kebanyakan mereka yang ingin bermula di arena 'blogging' atau dalam proses memiliki blog mengalami beberapa masalah antaranya ialah tidak tahu membina blog sendiri, tiada panduan mudah dan lengkap, bermula dengan langkah yang salah, memilih topik blog yang tidak menguntungkan, takut untuk bermula kerana tiada ilmu langsung atau keliru, tidak dapat menguruskan blog dengan baik, blog tidak terkenal, pengunjung tidak ramai, hasil tidak setimpal, serta tiada 'mentor' atau seseorang yang memberikan panduan.


Perhatikan, begitu banyak masalah yang dihadapi oleh jururawat, pelajar jururawat mahupun orang ramai di luar sana. Masalah yang akan dihadapi bukan sahaja di peringkat pembinaan blog, malah di peringkat semasa menguruskan blog tersebut dan di dalam usaha mendapatkan pengunjung. Mereka perlu mendapatkan sesuatu yang dapat membantu mereka dari membina blog secara mudah dan bagaimana memulakan 'kehidupan' blog mereka itu. Satu aspek penting pada blog adalah trafik (pelawat) yang ramai, jika tidak anda akan mendapat hasil yang kurang













































































No comments: