Friday, September 7, 2007

.: Promosi Kesihatan 'DIABETES SEMASA KEHAMILAN' :.

.. PERSEMBAHAN PROMOSI KESIHATAN ..




.. TAJUK PROMOSI KESIHATAN ..
  • 'DIABETES SEMASA KEHAMILAN' sememangnya satu topik yang kurang popular di kalangan masyarakat kita terutamanya di kalangan ibu-ibu yang sedang mengandung
  • Saya pasti ramai masyarakat di luar sana terutamanya wanita yang mempunyai penyakit diabetes pasti mengalami kesukaran atau kebimbangan untuk melahirkan anak
  • Oleh yang demikian, dengan adanya promosi kesihatan sebegini, saya berharap agar mereka sedar tentang penyakit ini termasuklah dari segi faktor risiko, kesan atau komplikasi serta rawatan yang disyorkan

.. KUMPULAN SASARAN ..

  • Berdasarkan persembahan promosi kesihatan, saya telah mensasarkan ibu-ibu mengandung yang mempunyai penyakit diabetes sebagai kumpulan sasaran saya


  • .. MATLAMAT ..

Matlamat saya supaya ibu-ibu mengandung dapat mengamalkan gaya hidup yang sihat seperti diet yang seimbang dan juga senaman agar paras glukosa dalam darah sentiasa di tahap yang normal. Ibu-ibu mengandung juga dapat melahirkan anak dengan sempurna dan sihat tanpa menjejaskan proses kelahiran



.. OBJEKTIF ..

  • Audien dapat mengetahui definisi serta perbezaan diabetes mellitus dan diabetes mellitus semasa kehamilan

  • Audien dapat mengetahui siapakah yang berisiko mengalami GDM semasa kehamilan

  • Audien dapat mengetahui kesan GDM ke atas kehamilan serta semasa proses kelahiran

  • Audien dapat mengetahui rawatan-rawatan bagi ibu-ibu mengandung yang mengalami GDM

  • Audien dapat mempraktikkan cara-cara atau teknik mengambil insulin dengan betul




.. SENARAI ISI KANDUNGAN ..

  • Apakah yang dimaksudkan dengan Diabetes Mellitus dan Diabetes mellitus semasa kehamilan serta perbezaannya

  • Siapakah yang berisiko mengalami GDM

  • Bagaimana penyakit ini dikesan melalui ujian Tolerans Glukosa

  • Apakah GDM memberi kesan ke atas kehamilan dan menjejaskan proses kehamilan

  • Apakah rawatan yang disyorkan oleh ibu-ibu mengandung yang mengalami GDM

  • Cara-cara pengendalian suntikan insulin serta penjagaan ubat-ubatan dan jarum

  • Apakah yang dimaksudkan dengan pemantauan sendiri glukosa dalam darah

No comments: