Saturday, September 15, 2007

.: Cara-cara Membuat Brosur dan Buku Program Menggunakan Microsoft Word :.

.. BROSUR ..
  1. Pastikan anda membuat perancangan dengan membuat rangka brosur secara kasar terlebih dahulu
  2. Pastikan anda mempunyai tajuk topik yang jelas, cathcy slogan, maklumat atau idea yang penting serta grafik-grafik yang berkaitan/bersesuaian dengan topik
  3. Brosur mestilah diurus dengan baik dan gunakan tema atau skim warna yang cantik serta menarik
  4. Berikut ialah cara-cara untuk membuat brosur melalui Microsoft Word:
  • buka microsoft word
  • set up page : File -> Page Setup -> Paper Size ->Landscape
  • set up columns : klik pada colum icon di atas tool bar, highlight 3 columns
  • set margins : File -> Page Setup -> Margins [ set top, bottom, right and left ]
  • mula menaip brosur

.. BUKU PROGRAM ..

  1. Sebelum membuat buku program tanpa template, page tersebut mestilah ditetapkan terlebih dahulu
  2. Ini adalah untuk memastikan layout yang dicetak adalah sama di dalam komputer
  3. Berikut ialah cara-cara membuat buku program melalui microsoft word:
  • klik FILE > PAGE SETUP
  • di MARGINS tab, klik pada MULTIPLE PAGES and pilih BOOK FOLD
  • tukar margins untuk sesuaikan dengan buku program. contohnya, .5" adalah saiz margin yang sesuai
  • mula cipta buku program, pastikan muka surat pertama adalah cover sheet, dan muka surat terakhir adalah back cover