Friday, September 7, 2007

.: Laman Web 'Good Presentation Skills' :.


Untuk melakukan persembahan multimedia dengan lebih berkesan, saya telah memilih 3 laman web di mana ia sedikit sebanyak dapat membantu saya dalam menyampaikan sesebuah persembahan

1. www.businessballs.com/presentation.htm

  • Laman web ini mengatakan bahawa pentingnya kemahiran persembahan bagi seseorang individu.
  • Persediaan dan pengetahuan merupakan elemen penting untuk mencapai persembahan yang berkesan.
  • Pastikan audien seronok dan terhibur dengan cara persembahan kita melalui dengan bercerita, bertanya soalan, gambar, klip video, props, statistik, bahasa tubuh dan sebagainya.
  • Jika menggunakan visual, pastikan saiz huruf atau tulisan tidak terlalu besar dan kecil. Jangan gunakan dua atau lebih jenis, saiz, bold, italic huruf yang berbeza.
  • Lakukan persembahan mengikut langkah-langkah seperti kenalpasti tujuan, kumpulkan kandungan dan idea-idea, struturkan kandungan, lakukan teknik-teknik dalam powerpoint, persediaan, latihan dan akhir sekali ialah perancangan, pengalaman serta kawalan kepada persekitaran atau suasana persembahan

2. www.nwlink.com/~donclark/leader/leadpres.html

  • Laman web ini menekankan bahawa kandungan, struktur, persediaan dan elemen human adalah aspek-aspek penting dalam mempersembahkan persembahan yang baik
  • Kelantangan suara, eye contact, ekspresi wajah, bahasa tubuh presenter sedikit sebanyak membantu audien untuk mendengar dengan penuh perhatian sekaligus menjadikan sesebuah persembahan menjadi lebih bermutu dan berkesan
  • Jangan membaca handout sepenuhnya dan bercakap dengan nada suara jelas serta mudah difahami.

3. www.presentationhelper.co.uk/presentation_skills.htm

  • Laman web ini mengutarakan bagaimana untuk mengurangkan bimbang atau cemas semasa melakukan persembahan
  • Kita mesti menggambarkan keadaan semasa presentation sebelum kita memulakan, berdiri dan bernafas dalam-dalam, selalu membuat latihan, lakukan strategi dan sebagainya
  • Pastikan suasana di dalam kelas atau dewan selesa dengan pencahayaan yang cukup, tiada gangguan bunyi dari luar dan pastikan ia tidak terlalu sempit, agar persembahan anda lancar dari awal hingga akhir











No comments: