Friday, September 21, 2007

.: Laman Web :.

.. TAJUK ..

Laman web yang saya akan paparkan nanti adalah berkaitan dengan ubatan termasuklah istilah dalam ubatan, indikasi, dos yang disyorkan, teknik-teknik penggunaannya, sistem sukatan dan pengiraan ubat, cara pemberian ubat, jenis-jenis suntikan, pendidikan pesakit dan banyak lagi. Saya memilih tajuk ini kerana jururawat khususnya perlu mengetahui kegunaan semua ubatan dengan lebih terperinci.

.. AUDIEN SASARAN ..

Berdasarkan topik ubatan, saya mensasarkan audien termasuklah jururawat dan juga pelajar-pelajar jururawat

.. MATLAMAT ..

Matlamat saya dalam pembangunan laman web ini supaya audien khususnya jururawat dan pelajar jururawat dapat mengetahui semuanya berkaitan dengan ubat contohnya berkaitan dengan istilahnya, indikasi ubat, klasifikasi ubat, sistem sukatan dan pengiraan ubat, cara pemberian ubat, jagarawatan, dan sebagainya.

.. OBJEKTIF ..
  • Audien dapat mengetahui istilah-istilah yang digunakan dalam pengubatan
  • Audien dapat mengetahui jenis-jenis atau klasifikasi setiap ubatan serta kesan sampingan
  • Audien dapat mengetahui sistem sukatan dan pengiraan ubat yang betul
  • Audien dapat mengetahui teknik-teknik yang diperlukan semasa mengendalikan ubat dan cara pemberiannya sekaligus dapat mempraktikkan di dalam wad
  • Audien dapat mengetahui jenis-jenis suntikan
  • Audien dapat mengetahui jagarawatan yang patut diberikan akibat kesan sampingan ubat
  • Audien dapat memberikan pendidikan pesakit berkaitan dengan ubat

.. SENARAI KANDUNGAN ..

  • Istilah ubatan
  • Jenis-jenis atau klasifikasi ubat
  • Sistem sukatan dan pengiraan ubat
  • Cara pemberian ubat
  • Jenis-jenis suntikan
  • Jagarawatan pesakit
  • Pendidikan pesakit tentang ubat

No comments: