Friday, September 28, 2007

.: PENGALAMAN MEMBUAT LAMAN WEB :.

.. PROSES PEMBANGUNAN LAMAN WEB ..
Pembangunan laman web sememangnya memerlukan proses yang begitu teliti dan kreatif. Sebelum kita memulakannya, proses perancangan perlulah dilakukan terlebih dahulu termasuklah dari segi analisis kandungan, tujuan laman web atau maklumatnya, matlamat, target audien, objektif dan isi-isi kandungannya. Ia juga memerlukan pengisian front page dan seterusnya penggunaan yahoo geocities. Uruskan pendrive dengan membuat satu lagi folder bertajuk 'laman web'. Setiap gambar yang akan digunakan di front page mestilah disimpan di dalam folder 'laman web'. Pastikan setiap gambar mahupun file yang disimpan di dalam folder mestilah direname kembali supaya tidak ada space. Kemudian, buka yahoo geocities, klik create & update, klik file manager, klik open file manager dan seterusnya upload setiap file. Prinsip membuat laman web di front page adalah sama dengan persembahan powerpoint. Font dan text mestilah jelas dan dapat dibaca oleh audien atau pengunjung web. Font yang biasa digunakan ialah Times New Roman dan Arial. Jadi, untuk memulakan laman web, masuk dan open front page. Pastikan page yang dibuka ialah normal page kerana di sini lah laman web boleh disunting dari segi warna, font, background dan sebagainya. Jika page tersebut terdapat *, ia bermaksud laman web ini sudah ade perubahan dan pastikan ia disimpan/save ke dalam folder. Untuk layout yang baik, insert table. Klik pada table properties dan tetapkan aligment kepada center. kemudian klik pada cell properties untuk menyunting warna. Atau klik pada file, klik properties dan di sini juga kita boleh ubah background. Untuk membangunkan laman web yang lebih berkesan, gunakan hyperlink. Highlight text dan insert hyperlink, klik pada index.htm atau seumpamanya. Selain itu, insert web component untuk membolehkan gambar atau text di laman web bergerak. Apabila kita sudah menyiapkan laman web tersebut, uji balik untuk melihat sama ada hasil kerja kita di front page menjadi atau tidak dengan membuka Internet Explorer.

No comments: