Saturday, September 15, 2007

.: ULASAN ARTIKEL :.

.. 'EFFECTIVENESS of COMPUTER-BASED DYSPHAGIA TRAINING

for DIRECT PATIENT CARE STAFF' ..


Artikel ini berkaitan dengan satu projek atau kajian untuk mengenalpasti sama ada modul computer-based swallowing memberi kesan atau tidak kepada tahap pengetahuan di kalangan staf-staf jururawat. Dalam modul ini, staf-staf jururawat dikehendaki menjalani training dan ia dijadikan sebagai penilaian tahunan. Modul ini mempunyai pretest (sebelum) dan posttest (selepas) untuk menilai tahap pengetahuan staf jururawat. Peserta di dalam kumpulan eksperimen perlu mengambil pretest, computer training module dan kemudian posttest. Manakala peserta kumpulan kawalan hanya mengambil pretest dan posttest sahaja tanpa menjalani computer training module. Terdapat perbezaan skor/markah dalam posttest di antara dua kumpulan ini.
Melalui kajian ini, mereka cuba meninjau adakah computer-based training ini memberi kesan kepada staf jururawat dalam menguruskan individu yang berisiko mengalami masalah pencernaan. Objektif kajian juga ialah supaya tahap pengetahuan di kalangan staff dapat dipertingkatkan agar mereka dapat memulihkan keadaan pesakit contohnya jururawat dapat meningkatkan jagarawatan pesakit disfagia dan dapat mengurangkan komplikasi-komplikasi lain. Hipotesis kajian juga mengatakan bahawa tahap pengetahuan akan meningkat selepas menjalani computer-based training dan markah posttest sepatutnya lebih tinggi daripada markah pretest. Hipotesis kedua pula mengatakan bahawa perubahan peningkatan tahap pengetahuan berbeza dengan ketara antara dua kumpulan di mana kumpulan eksperimen adalah lebih tinggi daripada kumpulan kawalan.
Untuk mencapai hasil keputusan kajian, beberapa cara atau langkah akan diambil. Pertama, researcher akan mengambil sampel yang terdiri daripada 123 jururawat berdaftar, jururawat praktikal dan pembantu jururawat daripada 11 jabatan. Peserta diminta menjalani computer-based dysphagia compentency training dalam kajian ini. 63 peserta bagi kumpulan kawalan dan 60 peserta bagi kumpulan eksperimen akan dibentuk. Kedua, researcher akan menyediakan soalan ujian yang berkaitan dengan bahan di dalam computer-based training module. Markah daripada kedua-dua ujian dianalisis secara statistik menggunakan Cronbach's alpha. Ketiga, peserta perlu menjalani computer training program. Peringkat pertama ialah perlaksanaan modul computer training. Peringkat kedua ialah penilaian tahap pengetahuan tentang disfagia sebelum dan selepas training. Peserta kumpulan eksperimen perlu menjawab 15 soalan dalam pretest, menjalani training selama 4 minggu dan kemudian menjawab 15 soalan posttest. Tetapi peserta kumpulan kawalan hanya perlu menjawab pretest dan posttest tanpa menjalani training. Peserta tidak akan diberitahu tentang markah masing-masing. Akhir sekali, researcher akan membuat analisis berdasarkan keputusan yang diperolehi. Markah pretest dan posttest akan dibuat perbandingan antara dua kumpulan tersebut. Markah posttest bagi kumpulan eksperimen adalah lebih tinggi daripada kumpulan kawalan.
Sebagai kesimpulannya, computer-based compentency training dapat meningkatkan tahap pengetahuan staf-staf jururawat berkaitan dengan pengurusan pesakit disfagia. Bagi staf yang tidak biasa dengan penggunaan komputer mungkin disebabkan kos alatan komputer yang mahal, mereka perlulah diberi bantuan dan galakan yang lebih agar mereka lebih produktiviti. Selain itu, kajian ini ada menekankan bahawa training ini merupakan pendekatan yang komprehensif bagi caregivers. Salah seorang staff speech-language pathologist (SLP) menyatakan bahawa "the online lesson saves time and exposes more staff to the information than traditional inservices". Dengan peningkatan dari segi produktiviti dan mutu kerja klinikal, computer-based training adalah teknik SLPs yang sangat wajar dipraktikkan untuk meningkatkan keperluan pekerja dan memenuhi peranan mereka sebagai clinical educators

No comments: